Kompom Gajah!

April 23, 2018

Di dalam kelas Tahun 1.

Cikgu Suraya: Murid-murid, sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf G?

Anuar: Gajah 🐘

Cikgu Suraya: Bagus Anuar !!! Sekarang sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf D?

Anuar: Dua gajah ...!! 🐘 🐘

Cikgu Suraya: Anuar, jangan main-main ...!! Berdiri atas kerusi! Murid-murid lain ada jawapan?

Semua murid senyap tak tahu jawapan.

Cikgu Suraya: Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M?

Murid-murid semua senyap. Tiba-tiba ...

Anuar: Mungkin gajah ... 🐘

Cikgu Suraya: Anuar .., main-main lagi? Pergi berdiri di luar kelas!

Murid-murid lain diam tak tahu jawapan ...

Cikgu Suraya: Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf J?

Semua murid masih diam tak tahu jawapan.
Tiba-tiba ada suara dari luar kelas.

Anuar: Jangan-jangan gajah ... 🐘

Cikgu Suraya bertambah marah 😡  lalu menyuruh Amran menutup pintu kelas.

Cikgu Suraya: Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf A?

Murid-murid masih juga diam ...
Dengan cepat Anuar menjawab dari luar tingkap.

Anuar: Anak gajah ... 🐘

Sekali lagi Cikgu Suraya menyuruh Amran menutup tingkap.
Selang beberapa minit suara Anuar tidak lagi kedengaran ...
Cikgu Suraya  menyuruh Amran keluar mencari Anuar. Tetapi tiada.

Cikgu Suraya: Tak apa murid-murid. Biarkan Anuar.

Cikgu Suraya bertanya lagi soalan pada murid-muridnya ...

Cikgu Suraya: Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf K?

Semua murid masih juga diam ...
Tiba-tiba kedengaran suara Anuar dari  pembesar suara ...

Anuar: Kompom gajahhh  🐘 📣 📣 📣 😂 😂 😂

Jangan ketawa fren. 😷 😷 😷


Sambungan cerita gajah ...
 

Cikgu Suraya: Anuarrrrr ..., masuk kelas sekarang!!!

Anuar: Tadi suruh keluar, sekarang suruh masuk pulak.

Cikgu Suraya: Oleh kerana kamu pandai sangat, Cikgu nak tanya kamu 1 soalan. Kamu ada kain pelikat kan?

Anuar: Ada Cikgu ... Kain pelikat "Gajah Duduk", Cikgu.

Cikgu Suraya: Anuarrr ...!! Tak habis lagi dengan gajah kamu ni? Ok lah ..., kalau kamu pandai sangat. Kenapa kain pelikat tu nama dia "Gajah Duduk"?

Anuar: Sebab kalau salah duduk masa pakai kain tu, nanti belalai gajah terkeluar.

Cikgu Suraya: Anuooaarrrrrrr ...!!!  😡😡😡

You Might Also Like

0 comments

Populer

Like us on Facebook

Flickr Images